Assalamualaikum...terima kasih kerana sudi menjengah ke halamanku ini. Semoga ketika ini anda semua sihat-sihat belaka. Di dalam halamanku ini aku selit berbagai-bagai info yang mungkin akan dapat membantu anda semua, tidak kira dari segi apa pun yang penting dapat membantu mereka yang tercari-cri sesuatu dalam hidup ataupun yang buntu bagaimana mahu menjana wang sampingan atau pun mungkin juga lumayan ..itu tepuk dada tanya selera. Lebih usaha lebihlah incomenya...Sekiranya apa yang anda perolehi di halamanku ini mendatangkan kebaikan aku bersyukur tetapi jika sebaliknya aku memohon maaf banyak-banyak. Jika ada sesuatu yang kita boleh kongsi janganlah segan silu sisipkan di halamanku ini..ok

SELAMAT MEMBACA!!!




Saturday, March 10, 2012

Carta top 10 faktor seorang Jutawan!

Carta top 10 faktor seorang Jutawan!
Oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta  bermula dengan nombor sepuluh…

10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. Cekap dalam pengurusan

Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja  berjalan dengan lancar.

8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.

6. mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira  penat lelah.



5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

4.Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong

Pepatah mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman. Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.

3.Mudah mesra dengan orang lain

84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya, iaitu orang-orang lain. Untuk mencapai jutawan, seringkali perlu bantuan dari orang lain. Mempunyai personaliti mesra dengan orang lain akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain atas diri kita. Ini sejurus membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.

2. Berdisiplin

Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah “boss”. Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.

1. Jujur dengan semua orang

Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka disekeliling kita, tak kira keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan, jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.

*****************

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

mamarose www.kongsikakrose.blogspot.com: Android tablet dari China

mamarose www.kongsikakrose.blogspot.com: Android tablet dari China: Apa yang nak aku tulis ni adalah semata-mata pendapat aku ajerr..bukanlah untuk nak kutuk ker nak puji ker atau apa aja la persepsi orang.. ...

Android tablet dari China

Apa yang nak aku tulis ni adalah semata-mata pendapat aku ajerr..bukanlah untuk nak kutuk ker nak puji ker atau apa aja la persepsi orang..
Aku ada beli sebuah android tablet buatan dari China ni harga pun bukanlah mahal sangat adalah dlm Rm 200-300 cam tu termasuk sekali dengan keyboard dia..nampak canggih gitu..ala-ala Samsung Tab.

Tujuan aku beli tablet tu bukan apa..aku bercadang nak guna untuk memudahkan aku check email setiap hari maklumlah baru nak berjinak-jinak dengan bisnes internet...lagi pun aku ni sentiasa berebut dengan anak-anak nak guna PC yang satu tu..susah betul..kalau ada tablet ni malam-malam dalam bilik mudah aku nak guna sambil tidurkan anak.

Setelah berjaya memiliki satu tablet impian ni bertambahlah mudah aku melakukan kerja-kerja online aku nihh... namun tablet aku ni mula menunjukkan tanda-tanda sakit... calibration selalu failed..aku point kat lain benda lain dia keluar..buat calibration berpuluh kali dah selepas 5-10 minit jadi lagi tension aku jadi, baru beli tak sampai sebulan pun. aku tanya pengedar tablet aku ni dia kata mungkin screen protector aku tu yang menjadi problem ..aku tukar screen protector baru tak menjadi juga terus aku buang screen protector tu..tak payah guna terus tetapi macam tu juga..
Selepas 3 bulan charger pula rosak tak boleh nak cas..nak kena beli baru masalahnya tak ada jual di kawasan aku kena order harga saja Rm25 kos pos Rm10..nak claim guarantee dah habis 3 bulan ajerr.. emm alahai apa nak buat....Kalau ikutkan hati nak saja aku humban benda nihh..tapi sayang lak
Kalau sapa-sapa yang tahu apa masalah screen aku tu tlglah share bagaimana nak settle..boring betul..

Apakah email spam

Email spam ialah email yang tidak diundang yang dihantar oleh pengirim yang tidak dikenali. Pasti anda pernah menerima email yang tidak diundang.Pasti anda berasa pelik dari mana datangnya email seperti ini dan dari mana mereka mendapatkan alamat email anda.

Anda perasan apabila inbox email anda terdapat dengan email yang tidak diundang ini, apakah perasaan anda? Pastinya anda akan merasa tidak selesa dan juga marah kerana dengan kahadiran email-email yang tidak diundang sebegini,mungkin anda terlepas pandang email penting yang lain yang sepatutnya anda baca.

Email spam ini biasanya datang daripada mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil email anda tanpa kebenaran anda, malah lebih teruk lagi jika email anda dan email pengguna yang lain yang telah diambil secara tidak sah ataupun lebih tepat lagi " dicuri " ini kemudiannya dikumpul dan dijual kepada orang ramai.

Maka hasilnya inbox anda akan  dipenuhi oleh email-email yang mengganggu kehidupan anda kerana tersebar dan dijual kepada orang ramai. Email anda yang dicuri itu akan berpindah dari satu tangan ke satu tangan yang lain tanpa kerelaan anda. Apakah perasaan anda terhadap keadaan ini?..tension giler..

Dengan lebih jelas lagi , email spam ini adalah email yang anda terima daripada pengirim yang tidak anda kenali dan tanpa persetujuan anda kerana tidak pernah sekalipun anda memberi alamat email anda kepada pengirim tersebut.

Oleh itu dengan penjelasan tadi anda jelas maksud email spam ini kerana masih ramai lagi tidak memahami istilah email spam ini malah ada yang keliru,. ada sesetengah email meyakinkan anda bahawa itu bukanlah email spam sedangkan sudah jelas dan nyata mereka mengambil dan menghantar email tersebut tanpa kebenaran tuan punya email.

Diharap selepas anda membaca penerangan berkenaan email spam ini, sekiranya mereka yang pernah terlibat dengan aktiviti ini, diharap mereka hentikanya serta merta kerana perbuatan ini tidak beretika dan salah di sisi undang-undang siber malah boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati terlibat.

Gunakanlah kaedah pemasaran email dengan cara yang betul dan beretika ketika melakukan pemasaran email kerana anda bukan saja melakukan kaedah pemasaran email yang betul malah hasil yang anda harapkan juga berlipat kali ganda daripada spam yang tidak beretika selain dapat mengelakkan kemarahan orang ramai.

Awas!! Anda boleh didakwa jika melakukan spam tanpa kebenaran pemilik email apatah lagi menjual senarai email yang dicuri kepada orng ramai kerana sudah pasti senarai yang dijual itu akan menjadi mangsa email spam daripada pembeli tersebut.



" SAY NO TO SPAM "

Tuesday, July 5, 2011

BAGAIMANA NAK BUAT BLOG...NAK JADI BLOGER

   Aku adalah diantara lautan manusia yang begitu teruja nak menulis blog, mempunyai blog sendiri dan impian untuk merealisasikan blog untuk tatapan semua manusia....setiap hari aku mengadap komputer...menimba ilmu sebanyak mungkin sebelum buat blog sendiri. Masuk blog sana sini, buka web orang....terkial-kial mencari ilmu sendiri. Ilmu percuma..bersepah rupanya. Berbulan-bulan lamanya nah..!Akhirya sekarang Alhamdulillah dah boleh buat satu ...boleh laa buat permulaan.

 Bagi mereka yang masih seperti aku dulu dan mungkin sedang membaca blog aku sekarang ni..aku nak kongsikan sedikit ilmu lebih kepada pengalaman lah katakan. Bukan semua orang mahu berkongsi ilmu zaman sekarang ni namun sebenarnya masih ada. Cuma kita kena pandai mencari peluang dan ilmu. Tidak malas cari info,ilmu, buat perbandingan antara peluang yang didapati melalui internet,website dan apa saja yang boleh kita perolehi secara percuma dan jangan lupa dan takut untuk praktik. Insyaallah pasti menjadi. ok lah dua perenggan mukhadimah saya sebagai intro saja.
Sekarang saya tunjukkan sedikit cara nak buat blog sendiri .Kebanyakan info ini saya cedok dari pembacaan saya di blog-blog dan laman web lain dan saya olahkan sedikit agar mudah difahami oleh newbies.. semoga berjaya.

Langkah awal, Buatlah akaun email dahulu. Ianya percuma dan manfaatkan dengan kemas.
Google mail
Yahoo Mail
Hotmail

Email
a) Buka akaun Email sekurang-kurangnya 3 akaun ( Jangan Campur aduk-kan )
  • Email di gunakan sebagai banyak pengesahan untuk melibatkan diri dengan pelbagai program Affiliate yang melibatkan pendapatan yang berpotensi di alam internet ini. Jesteru itu, buka 1 akaun yang hanya dikhaskan untuk perkara melibatkan pendapatan sahaja. 
  • Sudah tentu anda juga tidak terlepas dari berhubung terus kepada rakan-rakan siber, keluarga, dan kenalan sosial melalui melaui Email. Kerana ianya Mudah, Percuma dan pelbagai kelebihan lagi. Oleh yang demikian, buka 1 lagi akaun Email untuk kegunaan peribadi sahaja.
  • Untuk menyertai program sosial seperti Facebook.com, Friendster.com, Tagged.com,Twitter.com dan lain nya adalah wajib adalah wajib menggunakan Email untuk pendaftaran, Keselamatan dan berita-berita penglibatan anda. Jika anda berminat dengan program-program demikian untuk tujuan tertentu, adalah lebih baik anda khas kan 1 Email untuk program sosial sebegini.
  Ini bertujuan agar apa jua yang anda lakukan di alam internet ini, terlaksana dengan kemas. Berdaftar dengan Facebook.com misalnya, inbox mail yang anda daftarkan boleh penuh dalam tempoh singkat dengan berita Facebook yang terus ke Email Anda.Jika anda terlibat dengan Program Affiliate Misalnya, besar kemungkinan Email yang telah di daftarkan akan sarat dengan laporan-laporan berkala Program tersebut. Lain halnya dengan kegunaan email anda bersama teman dan keluarga lagi. Ini akan menyerabutkan dan membuat anda terpadam Info-info yang penting seperti Password, pengesahan dan sebagainya yang mungkin juga melibatkan pendapatan.
Buat laman Webs / Blog sendiri ( cuba yang percuma dahulu ) seperti
 Daftarkan diri di PayPal.com. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Paypal, sila klik [link] ini

 Libatkan diri dengan affiliate / refferal terlebih dahulu dan tetapkan pula matlamat  masa hadapan.

 Belajar dan cungkil pelbagai cara dan teknik buat duit dengan blog percuma dahulu sebelum membeli atau menyewa domain / hosting sendiri. Ini akan membantu anda memahami teknikal dan asas-asas menjadi marketer di internet sebelum melangkah jauh membuat keputusan membeli atau menyewa domain dan hosting.

   Apa yang penting dan mendukung segala langkah anda adalah matlamat. Pastikan dahulu anda ada SATU matlamat yang nyata sebelum melakukan seuatu yang juga anda pasti mampu di laksanakan.

   Jika anda berniat menggunakan akaun blogger, mungkin anda boleh gunakan perkhidmatan percuma panduan membina Blog yang di sediakan oleh sahabat-sahabat ini : faezblogger.blogspot.com dan panduanpemblog.blogspot.com yang sememangnya berpotensi di jadikan rujukan dalam membina blog. Semuanya percuma bukan ? :-) So..kerana semuanya percuma dan lengkap, tiada sebab anda patut memilih ketinggalan mempunyai blog sendiri dan pendapatan melalui internet hanya dengan Online sahaja.

                                                       
                                                       

Cetusan Idea Jana Wang

 


Ruangan Cetusan Idea Jana wang adalah satu ruangan di mana aku akan berkongsi pengalaman dan tip-tip bagaimana memulakan sesuatu bisnes secara langsung atau tidak langsung. Tetapi tip-tip yang kongsikan ini bukanlah 100% menjamin kejayaan korang hanya sekadar pencetus idea bagi mereka yang buntu, tidak tahu apa yang hendak dilakukan untuk menambah pendapatan sampingan.

Aku sekadar mahu mencetus idea buat korang yang mahu melakukan sesuatu untuk menjana wang tidak kiralah melalui internet/online mahupun offline. Ada sesetengahnya adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dan ada juga yang aku kutip dan himpunkan di sini buat tatapan korang semua.

Janganlah korang ingat aku mahu mengambil kesempatan dari korang lak.. kerana aku pernah melalui apa yang korang hadapi sekarang nihh... buntu nak buat apa, tak cukup duit nak bayar hutang, nak bantu suami, anak-anak sekolah..tambang bas, belanja harian,bil sana-sini, hutang kereta dan berbagai-bagai lagi lah... kalau nak cerita satu hari satu malam pun tak habis. Tapi inilah hakikat kehidupan sekarang ni..tuntutan hidup yang sangat tinggi sehingga kadangkala mendesak kita melakukan kerja lebih masa. Apa yang kita lakukan adalah semata-mata untuk survive...

Ruangan aku ini akan aku bincangkan satu persatu jenis bisnes agak mudah yang mungkin bersesuaian dengan korang...Antara bisnes ini aku dah ceburi samada online atau pun offline.Terpulanglah samada korang boleh terima atau tidak.


  • hanya sampai setakat ini saja buat masa ni...aku akan sambung next update...salam.

Jana wang melalui internet?

Bolehkah jana wang melalui internet?


Betulkah boleh buat duit melalui internet?


Percaya atau tidak anda sendiri tentukan namun terlalu banyak cerita melalui blog, laman web dan juga melalui email dikhabarkan internet merupakan salah satu medium terhebat menjana wang. Bagi yang dah otai dalam bidang ni pasti tersenyum lebar atau simpul atau juga senyum kambing...kerana mereka dah rasa asam garam dalam menjana wang melalui online /internet ni. Bagi aku ni masih setahun jagung jerr.. masih fresh dan masih banyak benda yang belum aku lalui.

Walaupun begitu dalam setahun ni aku seperti dah rasa pahit manis berbisnes melalui internet namun hakikatnya sememangnya dan selayaknya internet adalah satu medium yang tiada batasan sempadannya. Selagi manusia terus hidup dalam arus kecanggihan teknologi, internet akan terus menjadi perantaraan yang paling ideal.


Kebaikan disebalik keburukkan internet begitu juga sebaliknya pasti ada hanya kita sebagai manusia yang dikurnia akal fikiran oleh tuhan saja dapat memilihnya untuk memajukan diri dengan teknologi sebaik mungkin begitu juga sebaliknya.


Membuat wang melalui internet adalah tidak mustahil sama sekali apatah lagi menghabiskan melalui internet juga tidak mustahil. Sepanjang saya menimba ilmu mencari wang melalui internet ini rasanya dah beratus-ratus ringgit saya laburkan demi untuk mencari sesuatu yang sangat saya mahukan. Namun bukan semua memenuhi kriteria yang saya perlukan lalu saya ketepikan. Inilah jadinya kalau tiada perancangan yang teliti dan fokus pada keperluan sebenar...akhirnya rugi dan membazir saja

.

Ingatan saya kepada mereka yang mahu menjana wang melalui internet harus set dulu minda dan tahankan nafsu pada tahap paling minima kerana terlalu mengejar maklumat terkini menjana wang melalui internet seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan ..terlalu banyak maklumat, kebanjiran akan membuat kita akhirnya terperangkap dalam kebuntuan untuk memilih. Yang mana satu perlu dimulakan dan akhirkan dan bisnes jenis apa yang sebenarnya kita mahu. Last-last apapun tak jadi.


APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN DAHULU SEBELUM MENCEBURI DIRI DALAM BIDANG INI?

nantikan perbincangan ini pada update akan datang...ok!!